Bagaimana Dana Disalurkan

DANA WAJAR dikumpulkan melalui kutipan dari orang awam dan juga organisasi korporat. Para penderma boleh melakukan sumbangan melalui kaedah-kaedah tertera di CARA DERMA. Setiap transaksi sumbangan yang dilakukan layak untuk mendapat pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hasil kutipan Tabung Dana Wajar akan disalurkan kepada dua jenis dana:

1. DANA PENDIDIKAN

i. Bantuan persekolahan untuk rendah dan menengah

ii. Program pembangunan dan kesejahteraan sahsiah

iii. Bantuan pendidikan khas kanak-kanak.

2. DANA SOSIAL

i. Kebajikan gelandangan, fakir miskin, anak yatim dan lain-lain.

ii. Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU).

iii. Bantuan kewangan pesakit kanser.