Soalan Lazim
Antara soalan yang sering diajukan

Dana Wajar adalah sebuah program ibadah sumbangan ikhlas sedekah jariah umat Islam yang disalurkan kepada Yayasan Islam Negeri Kedah berkonsepkan skim potongan gaji berjadual. Potongan gaji boleh diakukan dengan mengisi borang Angkasa atau Direct Debit melalui Yayasan Islam Negeri Kedah. Sumbangan ikhlas ini akan dimanfaatkan oleh Yayasan islam Negeri Kedah untuk membiayai, membantu, menyalurkan dana bantuan kepada golongan sasaran yang layak menerima bantuan

Sumbangan secara bulanan boleh dilakukan dengan mengisi Borang Perdaftaran di Yayasan Islam Negeri Kedah atau muat turun Borang Pendaftaran di portal laman sesawang www.yink.gov.my menggunakan kaedah Direct Debit atau Potongan Angkasa. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai kami di talian 04-7302709

Potongan Angkasa adalah satu kaedah penolakan gaji secara berjadual oleh kakitangan kerajaan. Kaedah ini dapat dilaksanakan oleh para penjawat awam setelah borang-borang yang disediakan oleh pihak Yayasan Islam Negeri Kedah diisi dan disahkan oleh pihak terlibat

Direct Debit adalah satu kaedah dimana penderma boleh membuat penolakan amaun tertentu kepada Yayasan Islam Negeri Kedah secara bulanan dari akaun bank penderma. Pilihan kaedah ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan derma secara berkala. Borang-borang yang disediakan oleh pihak Yayasan Islam Negeri Kedah perlulah diisi dan disahkan oleh pihak terlibat

Setelah pendaftaran dilakukan dan diproses oleh Pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah yang dilantik dan pihak bank, amaun yang dipersetujui untuk pemotongan akan ditolak secara automatik dan akaun bank penyumbang tersebut. Pemakluman penolakan akan dihantar melalul Sistem Pesanan Ringkas SMS oleh Yayasan Islam Negeri Kedah pada sumbangan yang pertama

Ya, setiap sumbangan kepada Yayasan Islam Negeri Kedah layak mendapat pelepasan cukai pendapatan LHDN mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. la adalah tertakluk kepada jumlah sumbangan yang diberikan sepanjang tahun. Penyumbang perlu menyimpan resit original yang diberikan melalui emel atau pos untuk rujukan dan semakan kelak.

Ya, bagi melayakkan anda mendaftar dan membuat pemotongan berjadual, amaun minima adalah sekurang-kurangnya RM5 dan tiada amaun maksima yang ditetapkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah. Setiap penyumbang perlu mengisi borang dengan lengkap dan menetapkan nilai “Amaun” yang dipersetujui untuk pemotongan berjadual serta ditandatangani

Ya, Yayasan Islam amat mengalukan sumbangan tunai daripada individu dan juga syarikat korporat.  Sila pastikan anda mendapat resit rasmi yang telah ditandatangani oleh pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah setelah sumbangan itu diserahkan

Setiap pegawai yang dilantik akan diberikan ID Pengenalan dan Surat Rasmi bagi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Jika terdapat sebarang keraguan sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada danawajargmail.com atau hubungi kami di talian 04-7302709

Pihak Yayasan Islam Negeri Kedah amat mengalu-alukan sumbangan dari apa jua latar belakang agama, bangsa dan lain-lain. Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan