Cara Menderma

Penderma boleh menyumbang dengan cara berikut:

DIRECT DEBIT

Direct Debit adalah satu kaedah dimana penderma boleh membuat penolakan amaun tertentu  secara bulanan dari akaun bank penderma. Pilihan kaedah ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan derma secara berkala. Borang-borang yang disediakan oleh pihak Yayasan Islam Negeri Kedah perlulah diisi dan disahkan oleh pihak terlibat.

Langkah-langkah:

1. Penderma perlu melengkapkan borang Direct Debit dan perlu dihantar kepada: 

  • Pegawai Kutipan Dana Wajar 
  • No. 56A, Jalan Teluk Wanjah
    05200 Alor Setar
    Kedah Darul Aman
  • email kepada danawajar@gmail.com

2. Borang boleh didapati dengan memuat turun BORANG DIRECT DEBIT tertera  atau boleh didapati di kaunter Yayasan Islam Negeri Kedah.

3. Borang akan diproses oleh Pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah dalam tempoh 3 hari bekerja kemudian akan dihantar ekepada pihak bank.

4. Setelah borang  disahkan, proses pemotongan akan dilakukan mengikut tarikh yang dipersetujui di dalam borang.

hor-fpx

PERBANKAN ONLINE (TOYYIBPAY)

Perbankan dalam talian (ToyyibPAY) adalah kaedah perbankan berasaskan web yang membolehkan penderma menyalurkan sumbangan secara “one-off” di laman web bank masing-masing.

Langkah-langkah:

  1. Penderma perlu mendaftarkan diri sebagai pegguna perbankan internet di bank masing-masing.
  2. Penderma perlu mengisi butiran tertera sebelum melakukan transaksi.
  3. Penderma boleh menekan pautan www.toyyibpay.com untuk melanjutkan transaksi.
  4. Penderma akan mendapat resit pembayaran di email masing-masing setelah transaksi dilakukan.

JOMPAY

JomPAY merupakan sebuah perkhidmatan yang membolehkan penderma melakukan  sumbangan secara atas talian tanpa perlu ke kaunter. Penderma boleh memilih untuk  menyumbang secara “one-off” atau “recurring”.

Langkah-langkah:

1. Log In Perbankan Online anda

2. Pilih “Bill Payment” >JomPay.

3. Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref -2 yang tertera .

4. Lengkapkan pembayaran

PEMBAYARAN TUNAI

Penderma boleh menyumbang secara tunai di Kaunter Yayasan Islam Negeri Kedah, atau kaunter bergerak yang disediakan. Resit pembayaran akan diberikan kepada penderma

output-onlinepngtools (3)

PINDAHAN / PERBANKAN INTERNET / DEPOSIT TUNAI

Penderma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun bank tertera dibawah :-

YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

TABUNG AMANAH PROGRAM AMAL JARIAH RAKYAT

02011010130084

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Tuntutan resit rasmi DANA WAJAR boleh dilakukan di Yayasan Islam Negeri Kedah dengan membawa bukti pembayaran.