dana wajar
Sumbangan Dana Wang Jariah Yayasan Islam Negeri Kedah
"Satu Sedekah, Sejuta Harapan"
Sumbangan Tabung Pembangunan Pusat Dakwah Yayasan Islam Negeri Kedah
Pusat Dakwah Islam Kedah (PDIK) adalah sebuah organisasi Islam di bawah pentadbiran Yayasan Islam Negeri Kedah. Lokasinya di tengah bandaraya Alor Setar, bersebelahan dengan bangunan UTC, Jalan Kolam Air. Pembukaan Pusat Dakwah ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 1978.
PDIK bertanggungjawab melaksanakan pelbagai aktiviti dan program keagamaan kepada masyarakat setempat.

Pengenalan
Program Dana Wang Jariah (DANA WAJAR) Yayasan Islam Negeri Kedah adalah suatu hasrat murni daripada kerajaan Negeri Kedah yang memberi libatsama kepada masyarakat untuk menyalurkan sumbangan amal jariah berbentuk sedekah
DANA WAJAR diwujudkan untuk melaksana dan merealisasikan tanggungjawab sosial, pembangunan ummah dan penyediaan kemudahan untuk manfaat masyarakat sejagat. Program ini diuruskan oleh YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Bilangan 10 Tahun 1976 Yayasan Islam Negeri Kedah
Orang awam dan organisasi menyumbang secara bulanan dengan cara yang mudah dan efisien iaitu Direct Debit. Para penderma juga boleh menyumbang secara One-off melalui perbankan internet, pindahan wang dan lain-lain kaedah yang dinyatakan.
Mereka yang menderma melalui DANA WAJAR oleh Yayasan Islam Negeri Kedah adalah layak untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tahun Perkhidmatan Yayasan Islam Negeri Kedah

Manfaat Derma

saluran bantuan
Y.I.N.K menyediakan wadah kepada umat Islam untuk menjalankan ibadat sedekah jariah yang akan disalurkan pada golongan tertentu


berita aktiviti
Antara aktiviti dan berita terkini Yayasan Islam Negeri Kedah